Jika kita ikutkan nurani
banyak perkara bakal terjadi
mungkin juga berlaku tragedi
kawan-kawan cabut lari
alam ceria jadi sepi
kita pula hilang seri
kerana perasaan kuasai diri
kesabaran bakal ditolak ke tepi
Oleh itu gunakan minda
laksanakan kerja penuh waspada
jangan asyik berlengah sahaja
rancang kerja dengan sempurna
mohon kepada Yang Maha Esa
agar kita terpelihara
dulu kini dan selamanya..
Insya Allah