AKU (BERBAJU BIRU) BERSAMA AYAH DAN ADIK BERADIK YANG LAIN. FOTO TAHUN 1984 |
Ingin saya menyambung cerita `Kenangan Bersama Ayah’ sebagai meneruskan siri pertama. Sesungguhnya pengalaman itu elok dikongsikan. Mungkin dapat dicerakinkan demi kebaikan bersama.
Sekitar usiaku 7 tahun, Ayah kerap juga membawa aku ke pasar Batu Pahat dengan menaiki motosikal. Tiba di Bandar, kami minum kopi sambil makan lontong istimewa (lontong itu masih ada hingga sekarang)
Rupanya rakan Ayah agak ramai. Kekadang lama juga tunggu dia bersembang dengan rakan. Tetapi part yang best ialah membonceng motosikal. Berangin dan dingin!
Pada musim buah-buahan, Ayah akan mengajakku
pergi mengambil buah durian yang gugur. Suka tengok durian bertaburan di
sekitar pokok. Ayah juga membina pondok durian. Aku suka juga tunggu di pondok
durian – menunggu durian gugur. Bedebuk! Mendengar bunyi durian gugur, aku bergegas mengambilnya dan membawa pulang.
Setiap 6 bulan, Ayah akan menebas rumput di
kebun belakang rumah. Lalang dan aneka tumbuhan yang meninggi itu akan kami
tebas – kekadang memakan masa dua minggu
kerana kebunnya seluas 3 ekar.Kerjanya memang penat. Ibu biasanya menyediakan
bekalan ubi rebus, sambal tumis dan air kopi. Kami bersarapan di kebun, bersama
abang-abangku, Ishak dan Yusof. Apabila abang-abangku menghadapi peperiksaan
dan bekerja, tinggallah aku dan ayahku menebas.
Selain pokok durian, pokok rambutan, pokok kelapa dan ubi kayu ditanam oleh Ayah. Kami akan kait rambutan dan ada saudara yang mengait kelapa. Seronok apabila diberi upah apabila kelapa dijual kepada peraih. RM1 dah besar pada masa itu!

Ayah menternak ayam dan itik. Kandang
didirikan untuk binatang itu. Biasanya kami adik beradik ditugaskan mengambil
telur itik di kandang. Walaupun dalam keadaan kandang berbau najis ayam dan
itik, aku seronok mengumpul telur. Biasanya kami kumpul sehingga dapat 10 biji,
lalu ibuku akan merebusnya untuk menjadi menu keluarga.
Ayah memang ahli sukan. Dia hebat bermain badminton. Ayah pernah bercerita dia mencapai beberapa kejayaan di peringkat mukim di Batu Pahat. Ketika saya dan rakan bermain bermain, Ayah sesekali minta untuk bermain seketika – dan jelas kemahirannya masih ada dan banyak tricknya dalam badminton!
Walaupun aku agak takut dengan Ayah, semakin aku besar, aku semakin berani! Semasa menunggu keputusan SPM, aku telah pergi menyertai aktiviti kumpulan Tabligh selama 3 hari di SeriMedan , tanpa kebenaran
Ayah. Apabila balik, Ayah memarahiku. Sebelum itu dia membebel mengatakan
`Belum pandai cari duit, dah pandai buat macam itu’.. Aku kesal kerana tidak
memberitahunya.
Yang pasti , Ayah seorang yang rajin bekerja. Kalau tidak menebas rumput di kebun belakang, dia akan menajak rumput di halaman rumah. Atau membersihkan parit di hadapan rumah. Atau menanam ubi kayu, keledek dan pisang. Pada hari cuti, itulah yang dilakukan. Dan aku selalu ada sama. Kadang-kadang untuk kawankan dia yang keseorangan di kebun. Seronok juga makan ubi yang dibakar panas-panas!
Satu kehebatan Ayah ialah pandai menulis khat jawi. Dia sering diminta oleh persatuan dan sekolah untuk menulis khat pada sepanduk atau menulis Jawi pada buku program dan risalah , yang diminta oleh sekolah, masjid dan persatuan lain. Dari situ aku dapat belajar tulisan Jawi. Ayah yang membeli atau meminjamsurat
khabar Utusan Jawi, menjadi bahan tambahan untuk aku memahirkan diri dalam
penulisan Jawi.
Di sekolahku, ada seorang rakan yang suka membuliku. Aku ditolak dan suka disindir itu dan ini. Aku mengadu kepada emak, dan emak mengadu kepada Ayah. Apalagi, Ayah mahu aku ke rumah rakanku itu. Apabila sampai disana .
Ayah memanggil rakanku, dan memarahinya depan keluarganya. Aku masih ingat Ayah
menggenggam surat khabar dan memukul ringan ke badan rakanku itu, dengan
ingatan `Kalau awak buat lagi, teruk awak!’. Selamat aku daripada dibuli
selepas itu!
Sekian dulu untuk siri kedua!
Ayah memang ahli sukan. Dia hebat bermain badminton. Ayah pernah bercerita dia mencapai beberapa kejayaan di peringkat mukim di Batu Pahat. Ketika saya dan rakan bermain bermain, Ayah sesekali minta untuk bermain seketika – dan jelas kemahirannya masih ada dan banyak tricknya dalam badminton!
Walaupun aku agak takut dengan Ayah, semakin aku besar, aku semakin berani! Semasa menunggu keputusan SPM, aku telah pergi menyertai aktiviti kumpulan Tabligh selama 3 hari di Seri
Yang pasti , Ayah seorang yang rajin bekerja. Kalau tidak menebas rumput di kebun belakang, dia akan menajak rumput di halaman rumah. Atau membersihkan parit di hadapan rumah. Atau menanam ubi kayu, keledek dan pisang. Pada hari cuti, itulah yang dilakukan. Dan aku selalu ada sama. Kadang-kadang untuk kawankan dia yang keseorangan di kebun. Seronok juga makan ubi yang dibakar panas-panas!
Satu kehebatan Ayah ialah pandai menulis khat jawi. Dia sering diminta oleh persatuan dan sekolah untuk menulis khat pada sepanduk atau menulis Jawi pada buku program dan risalah , yang diminta oleh sekolah, masjid dan persatuan lain. Dari situ aku dapat belajar tulisan Jawi. Ayah yang membeli atau meminjam
Di sekolahku, ada seorang rakan yang suka membuliku. Aku ditolak dan suka disindir itu dan ini. Aku mengadu kepada emak, dan emak mengadu kepada Ayah. Apalagi, Ayah mahu aku ke rumah rakanku itu. Apabila sampai di
Sekian dulu untuk siri kedua!
ayahh, hadi dulu pn prnh kena buli dgn kwn dia kn? haha lps tu ayah dtg sekolah marah bdk tu. kn kn?
ReplyDeleteYa, sama.. tetapi Ayah datang Seri Beroleh semasa Hari Terbuka dan marah budak itu (Iqbal) dengan memegang badannya..
ReplyDeleterndu kt arwah atuk..skjp je dpt rsa kasih sygnya..tp ada kenangan yg msh trsmpn..
ReplyDeleteada kenangan yang masih tersimpan? Pahit ke manis ke tawar? hehe
ReplyDelete