PROGRAM BERBASIKAL
BERSEDIA UNTUK BERKAYUH Semalam, 28 September, saya menyertai 25 rakan yang lain dalam program berbasikal Penolong Kanan Kokurikulum. Peserta dilepaskan Ketua Unit Kokurikulum JPNJ, Tuan Haji Kamarudin Sharif. Kayuhan bermula pukul 3.30 petang. Ketika satu kilometer di perjalanan,saya baru menyedari yang saya belum lagi makan tengah hari! Disebabkan hari Jumaat, maka waktu tengah hari ke masjid. Balik dari masjid, mula mengemas barang-barang, kerana akan bermalam di Minyak Beku. Ketika 3 kilometer,saya mula menyedari bahawa perut saya lapar dan kosong! Tetapi saya gagahi juga kayuhan dan tidak mahu terpisah daripada rakan-rakan. Perjalanan turut menempuh kawasan berbukit terutama di sekitar SMK Banang Jaya dan simpang ke Sungai Lurus. Berbekal semangat dan kesungguhan, akirnya saya berjaya menamatkan kayuhan sejauh hampir 13 kilometer itu. Memang meletihkan mental dan fizikal! Jumlah masa kayuhan kira-kira 1 jam setengah. Setelah penat...