PERISTIWA HITAM YANG SUKAR DILUPAKAN
Tarikh 31 Ogos setiap tahun memang tarikh keramat bagi seluruh warga bumi tercinta itu, tetapi pada tarikh itu akan menjadi tarikh yang sukar saya lupakan dalam lembaran hidup saya - Kerana pada tarikh itu saya terbabit dalam kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa saya. Syukur kepada Ilahi, saya masih diberi ruang dan kesempatan untuk menyedut udara di alam yang fana ini. Pada petang 31 Ogos lalu, saya bersama isteri dan dua anakanda telah menaiki kenderaan Innnova kami untuk menziarahi anak bongsu di SM Sains Kluang. Setibanya di Kg Manong, sebuah kereta Kelisa dari arah bertentangan dipandu dengan laju sekali lalu memasuki lorong kami. Kereta itu terbabas secara mengejut. Saya tidak sempat mengelak, lalu berlaku perlanggaran. ketika kereta itu melintang di hadapan saya, yang terlintas di hati saya ialah "matilah saya.." Sedar-sedar, beg udara memenuhi pandangan saya dan rupanya saya masih hidup. Perkataan pertama terlintas di minda say...