ZAMAN SEKOLAHKU (2)
Oleh sebab aku bertubuh kecil dan nampak takut-takut di sekolah, maka ada rakanku sendiri yang suka membuli. Aku ditolak, diambil barangku dan macam-macam lagi. Kejadian berlaku ketika aku dalam darjah tiga. Apabila kuadukan kepada Ibu, maka Ibu pun mengadu kat Ayah. Apalagi, Ayah mahu aku bawa dia ke rumah budak itu (Aku tidak menyebut namanya di sini). Kami bermotosikal ke rumah budak itu. Sesampainya di rumah budak itu (melalui jalan kampung dan penuh pohon merimbun), Ayah segera memanggil nama budak itu. Emak budak itu keluar. Ayah membebel kepada maknya, lalu maknya memanggil budak itu (yang mulanya tidak berani keluar). Dengan menggenggam surat khabar, Ayah menepuk-nepuk di bahu budak itu dengan memberi amaran keras. Budak itu menjadi takut. Kalaulah dia cuba menjawab, rasanya naik penampar Ayahku! Budak itu berjanji tidak buat lagi! Aku lega. Semasa dalam Darjah 4, aku mula meminati mata pelajaran Matematik dan dalam satu ujian , aku mendap...