Posts

Showing posts from 2013

SAWADEE KAP SONGKHLA

Lawatan saya ke Songkhla  bulan lalu membawa pengalaman saya ke negara Gajah Putih. Antara tempat yang dikunjungi ialah Danok, Hatyai dan persekitaran wilayah Songkhla.      Melepasi Imigresen Bukit Kayu Hitam, menyeberang ke pekan Danok.  Pekan koboi ini mengandungi deretan kedai barangan Thai dengan harga berpatutan. Kami kemudian meneruskan sejam perjalanan ke bandar Hatyai.    Setibanya di sana, kami Plaza Nora , yang menjual banyak barangan kulit. Kami juga ke pusat jualan madu lebah. Taklimat diberi dalam bahasa Melayu. Pada petangnya , kami ke pasar terapung Songhla. Ada berpuluh-puluh perahu menjual produk Thailand, khasnya makanan.  Sungainya bersih. Ketika berpusing di situ, saya singgah di gerai Burger. Terkejut saya, yang dijual ialah Burger Ramli!    Keesokanya kami pergi ke pantai Songkhla dan melihat perkampungan Melayu Songkhla. Kami juga pergi ke pusat ternakan gajah dan berpeluang menaiki gajah. Pengalaman yang menarik...

PERISTIWA HITAM YANG SUKAR DILUPAKAN

Image
     Tarikh 31 Ogos setiap tahun memang tarikh keramat bagi seluruh warga bumi tercinta itu, tetapi pada tarikh itu akan menjadi tarikh yang sukar saya lupakan dalam lembaran hidup saya - Kerana pada tarikh  itu saya terbabit dalam kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa saya. Syukur kepada Ilahi, saya masih diberi ruang dan kesempatan untuk menyedut udara di alam yang fana ini.    Pada petang 31 Ogos lalu, saya bersama isteri dan dua anakanda telah menaiki kenderaan Innnova kami untuk menziarahi anak bongsu di SM Sains Kluang. Setibanya di Kg Manong, sebuah kereta Kelisa dari arah bertentangan dipandu dengan laju sekali lalu memasuki lorong kami. Kereta itu terbabas secara mengejut. Saya tidak sempat mengelak, lalu berlaku perlanggaran. ketika kereta itu melintang di hadapan saya, yang terlintas di hati saya ialah "matilah saya.."   Sedar-sedar, beg udara memenuhi pandangan saya dan rupanya saya masih hidup. Perkataan pertama terlintas di minda say...

SYAWAL DI PERTENGAHAN

Image
FOTO HARI RAYA KELUARGA SAYA Hari ini Syawal berada pada hari ke 13.. Sejak hari pertama, pelbagai aktiviti  kami lalui. Setelah pulang beraya di Bagan pada Raya pertama, kami menerima kunjungan saudara mara dan rakan-rakan serta anak didik silih berganti. Pada Raya kedua  , adik beradik dan anak saudara saya datang berkunjung. Meriah rumah kami. Pada Raya ketiga , kami ke rumah adik saya, Mazlina. Pada lewat petang, satu lagi kumpulan adik beradik isteri dan anak saudara sebanyak lapan kenderaan turun dari Shah Alam dan Lembah Klang.  Gegak gempita jadinya rumah kami!   Kami juga menerima kunjungan rakan FB, Lia dan Maria Kabtia dengan keluarga masing-masing.  Tidak sangka mereka sanggup datang. Terima kasih!   Isteriku juga menerima kunjungan anak murid dan bekas anak murid. Sekumpulan bekas anak didik saya, diketuai sdr Aminudin turut datang. Pada minggu lalu juga kami menerima rombongan Marhaban penduduk Parit Haji Sidek. Hidangan mi kari disediaka...

PULAU TIOMAN MENGGAMIT MEMORI

Image
Saya, isteri, Hadi dan Aiman di atas bot Di pantai Genting, Tioman Sungguhpun telah hampir dua bulan berlalu, lawatan saya ke Pulau Tioman telah membawa kenangan manis buat saya, isteri dan guru-guru sekolah saya. Pulau Tioman terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Pulau yang diiktiraf antara 10 pulau tercantik di dunia menggamit guru dan staf sokongan SMK Penghulu Saat untuk bercuti di sana. Atas tema ‘Jom Jalan-jalan’, Kelab Bilik Guru SMKPS yang diterajui Puan Zaimah Sahar telah menggerakkan usaha ke sana. Hasilnya pada 3 hingga 5 Jun lalu , rombongan guru dan staf meninggalkan Parit Sulong untuk ke sana. Ahli rombongan SMKPS Perjalanan selama tiga jam melalui bandar Kluang dan Mersing memang meletihkan, tetapi kerana tekad mereka untuk bercuti bersama-sama , telah memungkinkan semuanya. Mereka menaiki feri dari jeti Mersing dan mengharungi perjalanan selama 1 jam 20 minit sebelum sampai ke Resort Idaman di Kg Genting, Tioman. Sesampainya di sana , mereka terpes...

RAMADAN 2013

Image
Berlakon semasa Hari Guru sebagai Sultan Melaka. Sudah lama tidak menulis dalam Blog saya.. Kekangan masa menyulitkan langkah saya di sini. Sejak Februari, rentetan tugas dan tanggungjawab terpikul di bahu.  Antaranya perkhemahan bersepadu unit beruniform, hari keusahawanan dan hari sukan sekolah. Alhamdulillah, semuanya beres!  Kini Ramadan menuju penghujungnya. Tadarus dan Terawih masih berterusan.  Bazar Ramadan menjadi tempat mencari sesuatu yang baru dan adakalanya berjumpa rakan lama dan bekas pelajar. Di celah hingar-bingar peniaga dan pelanggan, kami sempat bertukar-tukar berita dan cerita.. Seronok!   Moga Ramadan ini mengundang sejuta rahmat dan semoga Allah menemukan saya dengan Ramadan 2014!

ZAMAN SEKOLAHKU (2)

Oleh sebab aku bertubuh kecil dan nampak takut-takut di sekolah, maka ada rakanku sendiri yang suka membuli. Aku ditolak, diambil barangku dan  macam-macam lagi. Kejadian berlaku ketika aku dalam  darjah tiga. Apabila kuadukan kepada Ibu, maka Ibu pun mengadu kat Ayah. Apalagi, Ayah mahu aku bawa dia ke rumah budak itu (Aku tidak menyebut namanya di sini). Kami bermotosikal ke rumah budak itu. Sesampainya di rumah budak itu (melalui jalan kampung dan penuh pohon merimbun), Ayah segera memanggil nama budak itu. Emak budak itu keluar. Ayah membebel kepada maknya, lalu maknya memanggil budak itu (yang mulanya tidak berani keluar).  Dengan menggenggam surat khabar, Ayah menepuk-nepuk di bahu budak itu dengan memberi amaran keras. Budak itu menjadi takut. Kalaulah dia cuba menjawab, rasanya naik penampar Ayahku! Budak itu  berjanji tidak buat lagi! Aku lega. Semasa dalam Darjah 4, aku  mula meminati mata pelajaran Matematik dan dalam satu ujian , aku mendap...

ZAMAN SEKOLAHKU (1)

 Ceritaku akan berkisar  peristiwa-peristiwa semasa di sekolah rendah, iaitu antara tahun 1968-1973. Banyak kenanganku dalam tempoh itu. Aku memasuki Darjah 1 pada tahun 1968. Pada masa itu belum ada tadika, jadi aku hadir ke sekolah dalam keadaan takut dan malu. Ada juga rakanku yang menangis-nangis minta dibawa balik. Syukur aku tidak begitu!   Dalam keadaan aku begitu, kakakku Rusnah sering menjadi penyelamat kepada aku. Banyak pertolongan diberikan dan sentiasa sedia membantuku. Kami makan bekal bersama.  Dia akan mencariku pada waktu rehat. Aku yang masih tidak faham selok belok di Sekolah Bagan B itu, akan dibawanya ke sekitar sekolah. Kalau dia tiada, aku seperti tenggelam punca.   Apabila aku memasuki Darjah 2, aku sudah ada rakan-rakan karib. Antaranya Razif, Shamsudin, Wahid, Daud dan Ibrahim. Kami makan bekal bersama-sama, malah berkongsi bekalan yang dibawa. Selalu juga makan dengan Razif. Macam-macam aku dapat rasa – daripada pisang ...

LAMBAIAN LANGKAWI

Image
DI DATARAN  LANG DI DALAM KERETA KABEL LANGKAWI                                                          DI HADAPAN GUA KELAWAR Setelah 7 tahun tidak berkunjung ke pulau legenda Mahsuri, maka saya dan isteri berkunjung ke sana sekali lagi pada 25-28 Januari yang lalu. Jika sebelum ini datang bersama keluarga, kali ini kami datang dengan rombongan sekolah, seramai 44 orang.    Langkawi nampak makin pesat membangun. Banyak bangunan baru kelihatan, terutama hotel baru. Kami sempat mengunjungi Kilim Geoforest Park, kawasan yang dikatakan telah wujud 530 juta tahun lalu. Seronok melihat gua kelawar dan peraiaran sekitarnya.   Seperti biasa, tidak sah ke Langkawi jika tidak menaiki kereta kabel Langkawi, setinggi 700 meter dari aras laut.  Pemandangan indah di puncak Gunung Machinchang menggamit kalbu. DI PEKA...