Posts

TOKYO NAN INDAH

Image
 Kunjungan kami ke Tokyo pada 29 Mei hingga 3 Jun, memberi kepuasan kepada kami 15 peserta. Kami pergi dengan Syarikat Caravanserai. Kami pergi ke Gotemba Premium Outlet, Shibuya Crossing, Shinjuku Godzila, Disneyland Tokyo, Statue Of Liberty dan Gndam Odaiba serta Tokyo Tower. Rasanya tidak cukup 6 hari di sana!                                                                    Di robot Gundam Odaiba                                                                 Di Tokyo Tower                                                     ...

MAJLIS BERSAMA RAKAN (REUNION)

Image
      Sejak 2010, saya banyak kali terbabit dalam program reunion bersama alumni sekolah dan universiti, misalnya alumni SMK Dato Onn, SMK Datuk Bentara Luar dan SK Bagan.      Malah saya juga terlibat dengan program Alumni Jurusan Budaya, Universiti Malaya pada tahun 2011 dan 2023, yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.       Dalam kes alumni sekolah, saya sendiri bergiat aktif sebagai antara penganjur. Majlis diadakan di hotel-hotel, inap desa dan rumah ahli. Kehadiran ada yang melebihi 100 orang dan biasanya membawa pasangan masing-masing.       Memang mengujakan apabila bertemu rakan lama yang sesetengahnya telah bertemu berpuluh-puluh tahun. Dapatlah kami berkongsi perkembangan diri masing-masing. Tentu ada topik-topik menarik  sepanjang pertemuan. Indahnya pertemuan!            Insya Allah  ada beberapa program alumni yang akan berlaku selepas ini, yang terdekat pada akhi...

KEMERIAHAN SYAWAL 2025

Image
     Syawal terus meniti hari dan bagi kami yang tinggal di Johor, perayaan berlangsung selama sebulan! Selain berkunjung ke rumah saudara mara dan kenalan, majlis rumah terbuka juga ada, di samping program Marhaban peringkat surau, masjid dan taman perumahan.       Inilah masanya dapat bersua muka ramai saudara dan  kenalan yang sesetengahnya sudah lama tidak bersua. Indahnya Syawal!         

MENYELAK JENDELA WAKTU

Image
 Hari ini, 24 Mac 2025. Bermakna sudah lapan tahun blog ini telah diabaikan. Satu tempoh masa yang panjang! Banyak yang telah berubah berbanding 8 tahun lalu, antaranya: 1. Dahulu saya masih bertugas, kini sudah bersara sejak 2018. Juga isteriku pada tahun yang sama. 2. Dua anakku telah bergelar pendidik,  tiga  lagi bekerja di Syarikat Faiza, Kilang Goodhart dan menguruskan kedai alat tulis. 3. Aku telah menulis lebih 10 buah buku solo, contohnya Tokoh Islam Inspirasi Ummah, Kembara Ukhuwah dan Kisah Ibrah Penjana Iman. 4. Aktiviti harianku bertukar kepada menulis, mempelajari ilmu agama dan melancong. 5. Aku lebih kerap ke surau dan masjid, sama ada bersolat jemaah atau menghadiri kuliah. Apapun, aku berdoa agar terus sihat dan dipanjangkan usia. Aamin.

MADRASAH RAMADAN

Image
Bulan Ramadan bulan barakah banyakkan amalan serta ibadah jangan kita endah tak endah mencari rahmat keredaan Allah iblis syaitan sudah dibelenggu godaan mereka tidak bertamu nafsu kita masih menderu elakkan daripada kuasai kalbu amal kebajikan perlu digandakan banyak bersedekah jadi keutamaan zakat fitrah kena tunaikan laksana segera jangan tangguhkan Tadarus Quran kita laksana 30 juzu' perlu dibaca tajwid betul fahami makna panduan hidup insan bijaksana Tarawih witir kita kerjakan penuhi masjid jadikan kebiasaan solat fardu jangan lupakan solat berjemaah juga jayakan Sepanjang berada di bulan Ramadan jangan jadikan pesta makanan kawal nafsu serta godaan berpada-pada dalam tindakan

RAMADAN KEMBALI LAGI

Image
Dua tahun menyepi, blog ini kembali hadir ke  dunia maya, bertepatan dengan hadirnya bulan Ramadan barakah. Dan post ini mengimbau apa yang berlaku dalam tempoh 2015 hingga tahun 2017 ini. Berhubung keluargaku, anak bongsuku Muhammad Aiman kini di IPG Pulau Pinang, mengambil jurusan Matematik. Abangnya Muhammad Asyraf kini di UNIKL, mengambil jurusan Islamic Finance. Seorang lagi anak lelakiku di UNIKL, mengambil jurusan Industrial Logistic. Anak sulongku  Nur Wahida, yang dahulu menuntut di USIM, Nilai, kini bekerja di sektor swasta (CCM)  di Bangi manakala adiknya Nur Syuhada bertugas sebagai pendidik di SK Johor Jaya, Pasir Gudang. Aku masih bergelar pendidik di SMK Tun Ismail Batu Pahat manakala isteriku masih menyumbangkan bakti untuk tahun akhirnya sebagai guru di SMK Tun Aminah, Batu Pahat. Tentu sekali aku suka mengimbas kenangan  semasa berumrah bersama isteri dan dua anakku Disember lalu. Kami terkandas selamsa 10 hari dan terpaksa membeli tiket ...

2015 MEMASUKI BULAN FEBRUARI

Image
Tahun 2015 kian bergerak ke hadapan. Pelbagai peristiwa meniti datang dan berlalu..Hadapi dengan gagah dan berani. Maka diri perlu fikirkan dan bertindak mengikut landasan sewajarnya!