Posts

Showing posts from May, 2017

RAMADAN KEMBALI LAGI

Image
Dua tahun menyepi, blog ini kembali hadir ke  dunia maya, bertepatan dengan hadirnya bulan Ramadan barakah. Dan post ini mengimbau apa yang berlaku dalam tempoh 2015 hingga tahun 2017 ini. Berhubung keluargaku, anak bongsuku Muhammad Aiman kini di IPG Pulau Pinang, mengambil jurusan Matematik. Abangnya Muhammad Asyraf kini di UNIKL, mengambil jurusan Islamic Finance. Seorang lagi anak lelakiku di UNIKL, mengambil jurusan Industrial Logistic. Anak sulongku  Nur Wahida, yang dahulu menuntut di USIM, Nilai, kini bekerja di sektor swasta (CCM)  di Bangi manakala adiknya Nur Syuhada bertugas sebagai pendidik di SK Johor Jaya, Pasir Gudang. Aku masih bergelar pendidik di SMK Tun Ismail Batu Pahat manakala isteriku masih menyumbangkan bakti untuk tahun akhirnya sebagai guru di SMK Tun Aminah, Batu Pahat. Tentu sekali aku suka mengimbas kenangan  semasa berumrah bersama isteri dan dua anakku Disember lalu. Kami terkandas selamsa 10 hari dan terpaksa membeli tiket ...