Posts

Showing posts from April, 2025

MAJLIS BERSAMA RAKAN (REUNION)

Image
      Sejak 2010, saya banyak kali terbabit dalam program reunion bersama alumni sekolah dan universiti, misalnya alumni SMK Dato Onn, SMK Datuk Bentara Luar dan SK Bagan.      Malah saya juga terlibat dengan program Alumni Jurusan Budaya, Universiti Malaya pada tahun 2011 dan 2023, yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.       Dalam kes alumni sekolah, saya sendiri bergiat aktif sebagai antara penganjur. Majlis diadakan di hotel-hotel, inap desa dan rumah ahli. Kehadiran ada yang melebihi 100 orang dan biasanya membawa pasangan masing-masing.       Memang mengujakan apabila bertemu rakan lama yang sesetengahnya telah bertemu berpuluh-puluh tahun. Dapatlah kami berkongsi perkembangan diri masing-masing. Tentu ada topik-topik menarik  sepanjang pertemuan. Indahnya pertemuan!            Insya Allah  ada beberapa program alumni yang akan berlaku selepas ini, yang terdekat pada akhi...

KEMERIAHAN SYAWAL 2025

Image
     Syawal terus meniti hari dan bagi kami yang tinggal di Johor, perayaan berlangsung selama sebulan! Selain berkunjung ke rumah saudara mara dan kenalan, majlis rumah terbuka juga ada, di samping program Marhaban peringkat surau, masjid dan taman perumahan.       Inilah masanya dapat bersua muka ramai saudara dan  kenalan yang sesetengahnya sudah lama tidak bersua. Indahnya Syawal!