MAJLIS BERSAMA RAKAN (REUNION)
Sejak 2010, saya banyak kali terbabit dalam program reunion bersama alumni sekolah dan universiti, misalnya alumni SMK Dato Onn, SMK Datuk Bentara Luar dan SK Bagan.
Malah saya juga terlibat dengan program Alumni Jurusan Budaya, Universiti Malaya pada tahun 2011 dan 2023, yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Dalam kes alumni sekolah, saya sendiri bergiat aktif sebagai antara penganjur. Majlis diadakan di hotel-hotel, inap desa dan rumah ahli. Kehadiran ada yang melebihi 100 orang dan biasanya membawa pasangan masing-masing.
Memang mengujakan apabila bertemu rakan lama yang sesetengahnya telah bertemu berpuluh-puluh tahun. Dapatlah kami berkongsi perkembangan diri masing-masing. Tentu ada topik-topik menarik sepanjang pertemuan. Indahnya pertemuan!
Insya Allah ada beberapa program alumni yang akan berlaku selepas ini, yang terdekat pada akhir bulan ini - Majlis Alumni SMK Dato Onn di Hotel Pine Tree Batu Pahat.
Enjoy yourself!
Reunion SMKDBL 2024
Reunion SMKDO 2024


Comments
Post a Comment