Posts

Showing posts from March, 2025

MENYELAK JENDELA WAKTU

Image
 Hari ini, 24 Mac 2025. Bermakna sudah lapan tahun blog ini telah diabaikan. Satu tempoh masa yang panjang! Banyak yang telah berubah berbanding 8 tahun lalu, antaranya: 1. Dahulu saya masih bertugas, kini sudah bersara sejak 2018. Juga isteriku pada tahun yang sama. 2. Dua anakku telah bergelar pendidik,  tiga  lagi bekerja di Syarikat Faiza, Kilang Goodhart dan menguruskan kedai alat tulis. 3. Aku telah menulis lebih 10 buah buku solo, contohnya Tokoh Islam Inspirasi Ummah, Kembara Ukhuwah dan Kisah Ibrah Penjana Iman. 4. Aktiviti harianku bertukar kepada menulis, mempelajari ilmu agama dan melancong. 5. Aku lebih kerap ke surau dan masjid, sama ada bersolat jemaah atau menghadiri kuliah. Apapun, aku berdoa agar terus sihat dan dipanjangkan usia. Aamin.