Posts

Showing posts from 2011

PETANG JUMAAT YANG REDUP

4 MAC 2011 Petang Jumaat yang redup. Baru selesai solat Jumaat. Hujan turun tiba-tiba dingin dirasakan juga berangin. Kembali ke rumah. Menghirup teh O nipis memikirkan gerak dan arah esok dan lusa bersimpang siur antara sekolah, masjid, Jasin dan Kluang harap juga dapat hadir di padang bola sepak untuk menanduk, membuat tackle dan tendangan Juga kursus Haji di masjid Pendeknya pelbagai urusan Moga berjalan ikut jadual!

HARI-HARI SETERUSNYA

25 FEBRUARI Hari-hari seterusnya akan membawa beberapa aktiviti dan program yang ada kelainan. Ahad ini akan bermula kursus Haji di masjid Sultan Ismail.. Saya juga kena fikirkan tugasan AJK Hadiah MSSD Olahraga daerah Batu Pahat. Selasa kena buat meeting! Tetapi minggu ini ada 2 perkara melegakan. Tempahan baju korporat yang dinanti selama 5 bulan, telah siap dan akan dipakai esok, masa program LDP. Yang kedua, pemantauan pegawai PPD, di mana 4 pegawai PPD datang - dengan 3 daripadanya memantau kokurikulum dan sukan.. Yang pasti, mereka berpuas hati, dan aku wajar menghargai kerja keras AJK Kokurikulum SMKPS, terutama Puan Hasniza atas persiapan mantap yng disediakan..
Salam semua. Kini tinggal aku, isteriku dan Hadi di rumah.. Syuhada sudah ke New Zealand, Asyraf ke MRSM Jasin dan Aiman ke SM Sains Johor. Sebelum mereka pergi, kami sekeluarga telah makan angin ke Medan, Indonesia. Seronok kami semua semasa di sana. Menaiki pesawat Air Asia, dari Medan kami, ke Danau Toba, Berastagi, Sumarjurunjung dan Permatang Siantar. Walaupun kos keseluruhan mencapai RM8,000, aku dan isteri redha - kerana hajat nak bawa mereka ke luar negara akhirnya kesampaian! Insya Allah pada tahun ini, aku dan isteri akan menunaikan Fardu Haji.. Semoga kami diberi kekuatan dan cukup segala keperluan untuk ke Tanah Suci dan kembali dengan Haji Mabrur.. Amin

JIKA KITA IKUTKAN NURANI

Jika kita ikutkan nurani banyak perkara bakal terjadi mungkin juga berlaku tragedi kawan-kawan cabut lari alam ceria jadi sepi kita pula hilang seri kerana perasaan kuasai diri kesabaran bakal ditolak ke tepi Oleh itu gunakan minda laksanakan kerja penuh waspada jangan asyik berlengah sahaja rancang kerja dengan sempurna mohon kepada Yang Maha Esa agar kita terpelihara dulu kini dan selamanya.. Insya Allah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bersua kembali dalam blog saya TINTA KENCANA setelah blog saya yang lama , LAMAN HARMONI gagal dikesan. Moga-moga catatan ini bukan yang pertama dan yang terakhir daripada saya.