MELANCONG KE SABAH
DALAM BOT MENUJU PULAU MANUKAN Kunjungan ke Sabah bersama isteri dan lima orang anak kami baru-baru ini mengundang kegembiraan kerana sudah lama berhajat ke sana . Hajat kami dimakbulkan Ilahi. Dengan pesawat MAS, kami mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Saya tidak menyangka LTKK besar dan moden, tidak seperti yang dibayangkan, malah lebih besar daripada lapangan terbang Auckland , Palembang dan Medan . DI TAMAN BOTANI, KAKI GUNUNG KINABALU Ada banyak tempat menarik di Sabah. Mula-mula kami membelah banjaran Crocker untuk ke Kundasang, hampir tiga jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Kami pergi ke Botanical Garden , terletak di kaki Gunung Kinabalu. Kami sampai diiringi hujan lebat dan suhu yang dingin sekali. Pemandangan kurang jelas kerana berkabus. Kami kemudian ke Ranau, iaitu pasar tamu Ranau dan kemudian ke Poring. Di situ begitu ramai insan berada di kolam air panas Poring. Kami pergi menapak ke Jambatan Gantung (Ca...