DALAM BOT MENUJU PULAU MANUKAN |
Kunjungan ke Sabah bersama isteri dan lima
orang anak kami baru-baru ini mengundang
kegembiraan kerana sudah lama berhajat ke sana .
Hajat kami dimakbulkan Ilahi.
Dengan pesawat MAS, kami mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Saya tidak menyangka LTKK besar dan moden, tidak seperti yang dibayangkan, malah lebih besar daripada lapangan terbangAuckland , Palembang dan Medan .
Dengan pesawat MAS, kami mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Saya tidak menyangka LTKK besar dan moden, tidak seperti yang dibayangkan, malah lebih besar daripada lapangan terbang
DI TAMAN BOTANI, KAKI GUNUNG KINABALU |
Ada banyak tempat menarik di Sabah. Mula-mula kami membelah banjaran Crocker untuk ke Kundasang, hampir tiga jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Kami pergi ke Botanical Garden , terletak di kaki Gunung Kinabalu. Kami sampai diiringi hujan lebat dan suhu yang dingin sekali. Pemandangan kurang jelas kerana berkabus.
Kami kemudian ke Ranau, iaitu pasar tamu Ranau dan kemudian ke Poring. Di situ begitu ramai insan berada di kolam air panas Poring. Kami pergi menapak ke Jambatan Gantung (Canopy Walk) Poring. Sebelum itu kena kembara hutan terlebih dahulu.
BERSAMA ISTERI, DI PANTAI PULAU MANUKAN |
Jambatan gantung Ranau berketinggian 90 meter
dan sepanjang 185 meter. Memang terasa gayat kerana berada di atas pokok-pokok
besar dan tali gantung itu
bergoyang-goyang!
PEMANDANGAN LAUT DEKAT SINSURAN, KOTA KINABALU |
Pada hari kedua, kami berjalan di sekitar
Kota Kinabalu. Kami
pergi ke pasar Gaya, Pasar Pilipina dan Pasar Raya Centre Point . Ada ramai pelancong di sana. Kami kemudian
menaiki bot ke Pulau Manukan dan Sapi. Seronok bermandi manda , bersnorkel di
air laut yang sungguh jernih dan dipenuhi ikan pelbagai warna.
Pada hari ketiga kami ke Beaufort untuk ke Kota Klias, dua jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Di situ kami menaiki bot untuk melihat pelbagai binatang di kawasan sungai Klias yang merupakan hutan pokok bakau.
Pada hari ketiga kami ke Beaufort untuk ke Kota Klias, dua jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Di situ kami menaiki bot untuk melihat pelbagai binatang di kawasan sungai Klias yang merupakan hutan pokok bakau.
FOTO DI PEKAN NABALU |
Yang menarik ialah monyet Proboscis, monyet berhidung panjang yang unik. Haiwan ini hanya makan daun muda dan pucuk daun serta bulu berwarna kemerah-merahan. Pada sebelah malam, kami dibawa melihat kunang-kunang yang sungguh banyak pada pelbagai pokok. Pemandangannya seperti pokok Krismas yang dihias lampu kelap-kelip.
Kami turut menyusuri bandar Kota Kinabalu berjalan kaki untuk merasa sendiri kehidupan di sana. Kami sentiasa didekati penjual jam, kamera dan pelbagai barang peribadi. Memang murah, tetapi meragui kualiti dan cara mereka mendapat bekalannya.
Kami tidak berkesempatan untuk meneroka
negeri Sabah secara lebih menyeluruh. Tempat-tempat seperti Tawau, Semporna,
Sandakan dan Kudat di luar
daripada jangkauan kami kerana jarak perjalanan yang jauh.
Apapun, kunjungan kami ke Sabah membawa seribu erti dan pengalaman menarik serta dapat memberi kepuasan. Insya Allah kami akan datang lagi pada masa depan!
Apapun, kunjungan kami ke Sabah membawa seribu erti dan pengalaman menarik serta dapat memberi kepuasan. Insya Allah kami akan datang lagi pada masa depan!
No comments:
Post a Comment