FOTO KELUARGA BERSAMA ARWAH AYAH DAN DATUK (1986) |
Saya teruskan kisah Kenangan Bersama Ayah untuk Siri ke 4. Masih ada lagi peristiwa dan kisah-kisah bersama Ayah untuk tatapan pembaca.
Semasa bersama Ayah, Ayah ada perkataan, frasa atau ayat tertentu yang menjadi `trademark’nya. Sebagai contoh, `singgeh linjah’, `Menyain apa..’, `Pergi Belemam apa’ `Degeded Sehege, sehege hue-hue’ dan banyak lagi. Perkataan-perkataan berkenaan disampaikan dengan nada bergurau dengan rakan-rakannya, malah dengan kami. Aku pula terikut-ikut, dan aku ada perkataan tertentu yang aku suka gunakan, contohnya `Lamperogong Seseme’ dan `Sontoloyo’..
Ayah bangun awal.
Selepas pencen, dia akan ke kebun
membersihkan kebun atau sekitar rumah. Jika tidak, dia akan ke dapur bersarapan
pagi dengan kopi panas. Ibuku telah faham, sebab itu pukul 7 pagi telah
tersedia kuih-muih atau ubi rebus dan sebagainya. Sambil makan, ada sahaja yang
dibualkan oleh Ayah dengan Ibu. Pendeknya, mereka memang intim!
Semasa kecil, aku ni boleh dikira `gembeng’- mudah menangis. Kerana apa”Ada
abangku yang suka menyakat, iaitu abang sulong. Maka menangislah aku.. Apabila
Ayahku marah, dia tanya sapa yang buat, aku cakaplah, abangku yang buat. Ayahku
pun marah-marah`, antara katanya “ Lawanlah balik orang yang kacau tu!”.
Semasa kecil, aku ni boleh dikira `gembeng’- mudah menangis. Kerana apa”
Semasa kecil, aku,
kakakku dan adik-adikku bermain bersama-sama. Kadang-kadang main batu seremban, main ram rip, skipping,
lompat tinggi, main masak-masak atau pondok-pondok. Oleh sebab kami ramai, leka
la bermain dalam tempoh yang lama.
Hingga Ayah panggil, balikkkkk. Barulah
balik!
Oleh sebab Ayah seorang guru, maka kami terdedah kepada tugas dan tanggungjawab seorang guru sejak kami masih kecil. Masih kuingat, Ayah bawa buku persediaan mengajar, buku latihan pelajar, menanda kertas ujian, mengira markah. Dan aku masih ingat perkataan `fund; digunakan dalam perbualan Ayah dan Ibu. Aku tak faham sangat maksudnya ketika itu, tetapi lama kemudian aku faham. Bahawa pada masa itu Ayah menggunakan sementara duit yuran pelajar sekolahnya untuk tujuan perbelanjaan kami dan membayar balik pada hujung bulan pada masa gaji.
Oleh sebab Ayah seorang guru, maka kami terdedah kepada tugas dan tanggungjawab seorang guru sejak kami masih kecil. Masih kuingat, Ayah bawa buku persediaan mengajar, buku latihan pelajar, menanda kertas ujian, mengira markah. Dan aku masih ingat perkataan `fund; digunakan dalam perbualan Ayah dan Ibu. Aku tak faham sangat maksudnya ketika itu, tetapi lama kemudian aku faham. Bahawa pada masa itu Ayah menggunakan sementara duit yuran pelajar sekolahnya untuk tujuan perbelanjaan kami dan membayar balik pada hujung bulan pada masa gaji.
Aku menyedari Ayah dan Ibu begitu teliti menguruskan
perbelanjaan rumah tangga. Ibu tidak bekerja, dan mengharapkan gaji Ayah. Tetapi bagi menampung perbelanjaan
keluarga, Ibu berniaga kuih-muih, nasi lemak, jual ubi kayu. Setiap hujung
bulan, Ayah dan Ibu akan ‘bersidang’
bagi memperincikan perbelanjaan pada bulan berkenaan/berikutnya. Contohnya,
bayar hutang kedai Hj Yom, RM100, bayar perabot Lam Ah RM60, bayar Kedai To RM
50, bayar yuran anak-anak RM150 dan pelbagai lagi. Hampir setiap bulan aku saksikan
`persidangan’ mereka dan tahu ke mana duit gaji itu akan pergi. Dan bahagian terakhir
`persidangan; itu yang aku masih ingat. Biasanya begini kata Ayah: `Baki bersih tinggal RM40.’ Dan Ayah
tersenyum pahit dan berkata, `Tinggal RM40..’ Memang banyak duit dikeluarkan
untuk bayar itu dan ini…
Memang baki bersih
gaji Ayah terlalu sedikit, tetapi kami sekeluarga cukup makan pakai. Kerana
apa? Kerana kecekapan Ibu menguruskan perbelanjaan dan menambah pendapatan.
Maka Ibu tidak menang tangan untuk itu. Misalnya, bangun pukul 4 pagi kerana
membuat nasi lemak atau kuih-muih. Kadang-kadang aku yang hantar ke kedai Abu
atau kedai lain. Yang seronoknya, masa ambil bakul kuih pada tengah hari, dan
tuan kedai memberitahu: `Kuih habis, ini bayarannya..’ Tetapi ada kalanya tak
habis, antara puncanya kerana saingan dari kuih yang sama. Ibu jual nasi lemak
dan karipap, orang lain pun sama…
Ayah tidak cerewet
dengan makanan. Apa sahaja yang Ibu sediakan, Ayah makan. Dan Ibu memang bijak
mempelbagaikan menu masakan mahupun kuih muih. Tetapi ada makanan yang Ayah
suka sangat. Antaranya Ubi Rebus, bingka ubi dan belebat pisang.
Apabila Ayah tidak cerewet, kami semua pun jadi tak cerewet tentang makanan. Lagipun kami faham Ayah dan Ibu telah berusaha menyediakan segala-galanya untuk kami.
Pada awal tahun 1970-an, ekonomi keluarga agak kurang memuaskan. Abang-abangku sedang belajar di UniversitiMalaya dan SM
Vokasional.. Pada tahun 1974, aku berada di Tingkatan 1.. Aku masih ingat, ke
sekolah dengan memakai sepatu plastik. Ada rakanku yang mentertawakan
aku kerana bersepatu plastik, sedangkan
mereka berkasut kain Badminton Master. Aku yang memahami situasi kewangan
keluargaku, menerima perlian rakan dengan begitu sahaja. Tak sampai hati nak
meminta kasut yang lebih mahal daripada Ayah mahupun Ibu.. Aku reda..
Semasa aku di Tingkatan 2, aku berkhatan. Aku masih ingat Ayah membawaku ke bandar. Lama juga menunggu giliran berkhatan. Apabila pulang, aku berbaring. Pada masa itu baru rasa sakit. Ayah datang mendekatiku dancuba
menenangkan . Berhari-hari dia dengan sabar mencuci dan membalut. Terasa sangat
keprihatinannya terhadapku.
Ayah seorang abang yang rapat dengan adik beradiknya Cik Urif, Cik Ahmad, Kak Yah, Cik Husin, Cik Hassan dan lain-lain. Dia akan selalu ke rumah mereka, begitu juga sebaliknya. Malah semasa aku masih kecil, aku ingat Ayah pergi ke Singapura ke rumah adiknya disana . Mereka semua
menghormati Ayah yang sejak kecil menguruskan mereka dengan baik. Ayah memang
abang yang mengambil berat akan hal ehwal adik beradiknya – begitu juga dengan
kami 9 beradik.
Berhenti setakat ini dahulu.. Alfatihah Untuk Haji Siraj Sarpan..
Apabila Ayah tidak cerewet, kami semua pun jadi tak cerewet tentang makanan. Lagipun kami faham Ayah dan Ibu telah berusaha menyediakan segala-galanya untuk kami.
Pada awal tahun 1970-an, ekonomi keluarga agak kurang memuaskan. Abang-abangku sedang belajar di Universiti
Semasa aku di Tingkatan 2, aku berkhatan. Aku masih ingat Ayah membawaku ke bandar. Lama juga menunggu giliran berkhatan. Apabila pulang, aku berbaring. Pada masa itu baru rasa sakit. Ayah datang mendekatiku dan
Ayah seorang abang yang rapat dengan adik beradiknya Cik Urif, Cik Ahmad, Kak Yah, Cik Husin, Cik Hassan dan lain-lain. Dia akan selalu ke rumah mereka, begitu juga sebaliknya. Malah semasa aku masih kecil, aku ingat Ayah pergi ke Singapura ke rumah adiknya di
Berhenti setakat ini dahulu.. Alfatihah Untuk Haji Siraj Sarpan..
No comments:
Post a Comment