IKAN ARAWONA DI AQUA |
Sudah lama saya hendak pergi ke Aquaria di KLCC, tetapi asyik ditangguhkan.. Kesempatan kelmarin semasa mengambil anak saya pulang dari New Zealand saya gunakan untuk melawat ikan-ikan di Aquaria itu..
Memang menarik. Pelbagai jenis hidupan laut, baik yang besar mahupun yang kecil ada di sana. Ikan arowana, arapaima, ikan yu, penyu, ular dan labi-labi dapat dilihat dengan jelas dan memukau perhatian. Cuma rasanya hidupan laut di akuarium Pulau Langkawi rasanya lebih banyak dan besar.
JAGA KAT ATAS!!! |
Kos masuk RM35 seorang, jadi kalau 6 orang RM210... Boleh tahan! Tak pa, yang penting kepuasan menyaksikan pelbagai spesies hidupan laut memberi sejuta kenikmatan!