Tuesday 11 January 2011

JIKA KITA IKUTKAN NURANI

Jika kita ikutkan nurani
banyak perkara bakal terjadi
mungkin juga berlaku tragedi
kawan-kawan cabut lari
alam ceria jadi sepi
kita pula hilang seri
kerana perasaan kuasai diri
kesabaran bakal ditolak ke tepi


Oleh itu gunakan minda
laksanakan kerja penuh waspada
jangan asyik berlengah sahaja
rancang kerja dengan sempurna
mohon kepada Yang Maha Esa
agar kita terpelihara
dulu kini dan selamanya..
Insya Allah

Monday 10 January 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bersua kembali dalam blog saya TINTA KENCANA setelah blog saya yang lama , LAMAN HARMONI gagal dikesan. Moga-moga catatan ini bukan yang pertama dan yang terakhir daripada saya.