Friday 25 February 2011

HARI-HARI SETERUSNYA

25 FEBRUARI

Hari-hari seterusnya akan membawa beberapa aktiviti dan program yang ada kelainan. Ahad ini akan bermula kursus Haji di masjid Sultan Ismail.. Saya juga kena fikirkan tugasan AJK Hadiah MSSD Olahraga daerah Batu Pahat. Selasa kena buat meeting!

Tetapi minggu ini ada 2 perkara melegakan. Tempahan baju korporat yang dinanti selama 5 bulan, telah siap dan akan dipakai esok, masa program LDP. Yang kedua, pemantauan pegawai PPD, di mana 4 pegawai PPD datang - dengan 3 daripadanya memantau kokurikulum dan sukan..
Yang pasti, mereka berpuas hati, dan aku wajar menghargai kerja keras AJK Kokurikulum SMKPS, terutama Puan Hasniza atas persiapan mantap yng disediakan..

Sunday 20 February 2011

Salam semua.

Kini tinggal aku, isteriku dan Hadi di rumah.. Syuhada sudah ke New Zealand, Asyraf ke MRSM Jasin dan Aiman ke SM Sains Johor. Sebelum mereka pergi, kami sekeluarga telah makan angin ke Medan, Indonesia. Seronok kami semua semasa di sana. Menaiki pesawat Air Asia, dari Medan kami, ke Danau Toba, Berastagi, Sumarjurunjung dan Permatang Siantar.

Walaupun kos keseluruhan mencapai RM8,000, aku dan isteri redha - kerana hajat nak bawa mereka ke luar negara akhirnya kesampaian! Insya Allah pada tahun ini, aku dan isteri akan menunaikan Fardu Haji.. Semoga kami diberi kekuatan dan cukup segala keperluan untuk ke Tanah Suci dan kembali dengan Haji Mabrur.. Amin