Sunday 18 November 2012

MELAWAT AQUARIA DI KLCC

IKAN ARAWONA  DI AQUA

  Sudah lama saya hendak pergi ke Aquaria di KLCC, tetapi  asyik  ditangguhkan.. Kesempatan kelmarin semasa mengambil anak saya pulang dari New Zealand saya gunakan untuk melawat ikan-ikan di Aquaria itu..

   Memang menarik. Pelbagai jenis hidupan laut, baik yang besar mahupun yang kecil ada di sana. Ikan arowana, arapaima,  ikan yu,  penyu, ular dan labi-labi dapat dilihat dengan jelas dan memukau perhatian. Cuma rasanya hidupan laut di akuarium Pulau Langkawi rasanya lebih banyak dan besar.

JAGA KAT ATAS!!!

   Kos masuk RM35 seorang, jadi kalau 6 orang RM210... Boleh tahan! Tak pa, yang penting kepuasan menyaksikan pelbagai spesies hidupan laut memberi sejuta kenikmatan!