Sunday 21 October 2012

AIR PAPAN - BERTEMU KEMBALI!

Di pantai Air Papan
Foto kenangan bersama sebahagian peserta Hari Keluarga SMKTA
Bersama isteri di Air Papan Beach Resort

Air Papan, Mersing - Kawasan pantai yang sudah tidak asing lagi, terutamanya kepada rakyat negeri Johor. Terletak 11 kilometer ke utara Bandar Mersing, pantai yang landai dan permai ini menjadi tumpuan sejak sekian lama.

  Kali terakhir saya ke sini ialah  pada tahun 2002 - sudah 10 tahun tidak  ke mari! Kunjungan saya ke sini kerana menyertai Hari Keluarga SMK Tun Aminah, sekolah isteri saya.. Kira-kira 22 keluarga turut serta. Sungguh meriah.


  Kami sampai di situ kira-kira pukul 1 tengah hari setelah berkonvoi dari Batu Pahat. Perjalanan hampir 3 jam agak meletihkan, tambahan pula jalannya berliku. Tetapi apabila sampai dan terpandang kawasan pantai terbentang di hadapan mata, penat pun hilang!

  Pada petang hari itu, kami makan pisang goreng, keropok goreng dan karipap panas. Pada malamnya ada bacaan Yasin dan Tahlil. Khusyuk kami dalam doa dan munajat kepada Ilahi. Kemudian , kami bakar ikan dan ayam (BBQ).. Sungguh enak!

  Pada keesokan harinya, saya sempat meronda sekitar pantai Air Papan. Tidak  ramai orang bermandi manda, mungkin kerana bukan cuti persekolahan. Ombak tidak begitu tinggi dan angin bertiup tenang. Terasa syahdu sekali!


  Saya juga sempat berpusing sekitar bandar Mersing. Singgah di pasar raya Giant dan gerai-gerai berdekatan jeti Pulau Tioman sambil menikmati keropok lekor dan air kelapa.  Memang menyelerakan.

 Sepanjang berada di sana, cuaca begitu panas, tetapi sepanjang perjalanan pulang, mendung diikuti hujan lebat mengiringi perjalanan hingga ke Batu  Pahat. Kami bersolat Zohor di Kluang sebelum singgah menziarahi Aiman di SM Sains Kluang.

  Kami sampai di rumah jam  4 petang. Memang meletihkan, tetapi puas dan bersyukur kerana hari keluarga berjalan lancar dan kami selamat pergi dan kembali!


 

3 comments:

  1. hmmm...suka..suka...idea yg bsgus tuk g beriadah.

    ReplyDelete
  2. hmmm...suka..suka...idea yg bsgus tuk g beriadah.

    ReplyDelete
  3. ya! beriadah dan melegakan minda melihat saujana lautan , pantai yang permai, desiran bayu dan pasir memutih!

    ReplyDelete