Wednesday 3 October 2012

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI ALAI, MELAKA

JOM MAKAN!

Di mana-mana kita boleh makan, tetapi semalam , saya dan isteri bersama-sama 8 orang rakan yang lain telah berkonvoi ke medan selera di Alai, Melaka - 120 kilometer dari rumah saya! Lokasinya di restoran De Muara, Alai.

Kenapa ke Alai? Kerana ingin melupakan seketika hiruk-pikuk dunia persekolahan dan bersantai di sana. Bertempat di muara sungai Alai, kami menikmati makanan laut seperti sotong, udang, ketam, kupang dan ikan, yang dimasak dalam pelbagai cara.

 Sungguh enak! Ikan kerapu dimasak 3 rasa, ketam digoreng berempah, udang bakar, kupang goreng bercili, sotong goreng bertepung, nasi lemak panas dan 3 jenis air minuman. Sambil makan, kami berbual-bual mesra diselangi gelak ketawa.

  Kos keseluruhan ialah RM 350 - dapat pula diskaun kerana kedai dimiliki rakan kepada Cikgu Khamsuldin..

Insya Allah kami akan `Jalan-jalan Cari Makan' lagi... Kami selamat sampai ke rumah jam 11.20 malam. Puas dan gembira!

No comments:

Post a Comment