Di dataran hadapan Kaabah |
Meski sudah hampir sepuluh bulan meninggalkan Tanah Suci Makkah dan Madinah, kenangan dan ingatan tempat berkenaan masih bersarang di minda.
45 hari di sana bukan masa yang singkat. Ke Madinah, Makkah, Ja`ranah, Jabal Rahmah, Gua Hira`, Mina, Muzdalifah dan Jeddah -semuanya segar dalam ingatan.
Di pekarangan Masjid Nabawi Makkah |
Pemergian ke sana kerana menunaikan Fardu Haji merupakan pengalaman paling indah dalam hidup saya, sesuatu yang diidamkan sejak mula bekerja. Akhirnya Allah memakbulkan saya dan isteri untuk berada di sana.
Bersama isteri dan rakan di Laut Merah, Jeddah |
Aku berdoa agar dapat kembali ke sana. Sama ada menunaikan Haji atau Umrah lagi. Ya Allah, perkenankan doaku...
No comments:
Post a Comment